Perkhidmatan Kiriman Bunga ke Bangkok, Pattaya dan seluruh Thailand (seluruh Negara).

Photo back service

Kami menyediakan perkhidmatan penghantaran bunga ke Bangkok dan ke mana-mana sahaja di Thailand. Semua pesanan akan dihantar sendiri oleh setiap pekerja kami. Jambangan bunga akan disediakan oleh pekerja kami sebelum dihantar terus kepada penerima kerana kami tidak menggunakan sebarang perkhidmatan pos mahupun syarikat-syarikat kurier untuk menghantar tempahan anda. Setiap pemandu kami dilengkapi dengan iPhone bagi membolehkan gambar penerima bersama-sama dengan pesanan anda diambil sebagai bukti penghantaran dan akan diemail kepada anda. Kami merupakan satu-satunya syarikat penghantaran bunga di Thailand yang menghantar tempahan anda sama seperti gambar yang disediakan. Kepuasan anda 100% dijamin.

Apabila membuat tempahan, anda boleh memaklumkan tarikh dan masa penghantaran berdasarkan waktu kami bekerja. Kami akan membuat penghantaran pada pukul 8.00 pagi sehingga pukul 9.00 malam 7 hari seminggu 365 hari setahun.

Perkhidmatan yang kami sediakan lebih tertumpu kepada penghantaran bunga. Kami amat memahami tahap perkhidmatan yang dititikberatkan oleh pelanggan antarabangsa kerana 80% daripada pelanggan kami membuat pesanan dari luar negara. Melalui perkhidmatan pesanan dalam talian, kami mampu membuat penghantaran bagi anda ke mana-mana kawasan di Thailand. Kami mempunyai banyak cawangan di semua Bandar di Thailand dan kami juga mempunyai ejen-ejen yang bekerja dengan kami di seluruh Thailand. Tugas kami adalah untuk memastikan bahawa setiap pesanan anda dihantar dengan kadar segera bagi memastikan jaminan kualiti bunga yang diterima oleh penerima. Sama ada penghantaran ke Bangkok mahupun ke kawasan terpencil diluar Bandar, yakinlah bahawa pesanan anda akan dihantar tepat masanya. Kami juga menyediakan perkidmatan penghantaran barang berdasarkan permintaan anda. Oleh kerana terdapat permintaan yang tinggi, kami juga menyediakan telefon pintar dan tablet yang boleh dihantar bersama dengan jambangan bunga. Masih mencari hadiah yang romantik? *Mula disini*

Kedai bunga diseluruh Thailand. Penghantaran pada hari yang sama bagi Bangkok, Pattaya dan semua kawasan di Thailand.

Bahasa:

русский 한국어 Française हिन्दी भाषा 中國傳統文化 中国简体 Danske Nederlandse Italiana Norsk Português Deutsch Svenska বাংলা ভাষা שפת עברית Melayu English

Teleflora Agent
Hearts
We are your Teleflora agent in Thailand. Teleflora was founded in 1934